vImani Da Sabawa

Rate this item
(0 votes)

Dia telah sampai kedudukan zuhud yang tertinggi sehingga kawan dan musuh memanggilnya ImamuÔÇÖl-Muttaqin. Yang sebenarnya manusia pertama memanggilnya dengan gelaran itu adalah nabi sendiri.

Ibn AbiÔÇÖl-Hadid di dalam Sharh-e-NahjuÔÇÖl-Balagha, jilid II, ms 450; Hafiz Abu NuÔÇÖaim Ispahani di dalam HilyatuÔÇÖl-Auliya, Mir Seyyed Ali Hamadani di dalam MawaddatuÔÇÖl-Qurba dan Muhammad Bin Yusuf Ganji ShafiÔÇÖi di dalam KifayatuÔÇÖt-Talib, bab 54, mengatakan dari Anas bin Malik bahawa satu hari nabi meminta Ali membawa air padanya untuk berwudu. Apabila Ali telah membawa air, nabi mengambil wudu dan mendirikan solat dua rakaat. Kemudian baginda berkata kepadanya, ÔÇÿWahai Anas, orang yang akan memasuki pintu ini adalah ketua bagi mereka yang zuhud, pemimpin bagi muslim, penyelamat bagi yang beriman, dan penamat bagi pengganti, yang akan memimpin manusia yang bermuka dan tangan bercahaya disyurga.ÔÇÖ

Anas berkata, ÔÇÿsaya berdoa kepada Allah di dalam hati, supaya Dia menghantar seorang Ansar melalui pintu itu, tetapi saya rahsiakan doa saya. Pada ketika itu saya melihat Ali melalui pintu itu. Nabi bertanya siapakah dia. Saya menjawab bahawa dia adalah Ali Ibn Abi Talib. Kemudian nabi dengan gembira pergi menyambutnya. Dia memeluknya dan menyapu peluh dari mukanya. Ali berkata, ÔÇÿWahai nabi, kamu telah memperlakukan kepada saya yang kamu tidak lakukan sebelum ini!ÔÇÖ Nabi berkata, ÔÇÿMengapa saya tidak harus melakukannya, apabila kamulah orangnya yang akan menyampaikan kerasulan saya kepada ummah, akan membuat mereka mendengarkan suara saya, dan akan menerangkan kepada mereka mengenai perkara yang mereka berbeza pendapat padanya.ÔÇÖ

Juga Ibn AbiÔÇÖl-Hadid di dalam Sharh-e-NahjuÔÇÖl-Balagha, jilid II, dan Hafiz Abu NuÔÇÖaim di dalam HilyatuÔÇÖl-Auliya menulis bahawa satu hari Ali datang kepada nabi. Nabi berkata kepadanya, ÔÇÿSelamat datang, pemimpin muslim dan ketua mereka yang zuhud,ÔÇÖ Ali berkata, ÔÇÿSaya bersyukur kepada Allah diatas rahmat yang dikurniakan keatas saya, dan saya meminta dengan penuh kasih sayangNya.ÔÇÖ Muhammad Bin Talha ShafiÔÇÖI juga mengatakan hadith itu pada penghujung seksen IV, bahagian I, dari bukunya MatalibuÔÇÖs-SuÔÇÖul dan dengannya telah membuktikan bahawa Ali adalah Imam bagi semua yang zuhud.

Hakim, di dalam Mustadrak, bahagian III, ms 38; Bukhari dan Muslim, masing-masing di dalam Sahih, mengatakan bahawa nabi berkata, ÔÇÿAllah menyampaikan kepada saya mengenai Ali berkaitan dengan 3 perkara, [1] Dia adalah ketua dan pemimpin muslim; [2] dia adalah ketua yang zuhud; [3] dia adalah petunjuk yang akan memimpin manusia dengan wajah dan tangan bercahaya [disyurga]

Muhammad Bin Yusuf Ganji ShafiÔÇÖi mengatakan di dalam KifayatuÔÇÖt-Talib, bab 45, pada pengesahan Abdullah Bin Asad Bin Zurara bahawa nabi berkata, ÔÇÿPada malan Miraj, apabila saya dinaikkan kelangit; saya telah diizinkan masuk kedalam istana mutiara, yang lantainya dari emas berkilauan. Kemudian wahyu disampaikan kepada saya, dan saya diberitahu 3 perkara mengenai Ali: [1] Dia pastinya ketua dan pemimpin muslim; [2] dia adalah Imam dan ketua mereka yang zuhud; [3] dia adalah petunjuk yang akan memandu manusia dengan wajah dan tangan bercahaya [disyurga]

Imam Ahmad bin Hanbal menulis di dalam Musnad bahawa satu hari nabi berkata kepada Ali:

ÔÇÿWahai Ali untuk memandang kepada wajah kamu adalah ibadah; sesungguhnya kamu adalah ketua bagi mereka yang zuhud dan pemimpin bagi yang beriman. Sesiapa yang berkawan dengan kamu adalah kawan saya; dan sesiapa kawan saya adalah pastinya kawan Allah. Sesiapa yang membenci kamu, benci kepada saya. Dia yang benci kepada saya sesungguhnya telah benci kepada Allah.ÔÇÖ

Maka mencukupi kedudukan yang tinggi Ali ini bahawa nabi telah menekankan bahawa Ali melebihi semua para sahabat di dalam kezuhudan. Dia sahaja yang diberikan panggilan ImamuÔÇÖl-Muttaqin, dan nabi kerap memanggilnya dengan gelaran tersebut.

Read 1542 times