KENYATAAN ALI PADA ÔÇÿSALUNIÔÇÖ TANYALAH SAYA DAN LAPORAN DARI SUNNI

Rate this item
(0 votes)

Ramai dari ulama kamu yang terkenal, seperti Ibn Kathir di dalam Tafsir, jilid IV, Ibn AbduÔÇÖl-Barr di dalam IstiÔÇÖab, Sulayman Balkhi Hanafi di dalam YanabiuÔÇÖl-Mawadda, MuhyiÔÇÖd-din Khawarizmi di dalam Manaqib, Imam Ahmad di dalam Musnad, Hamwaini di dalam FaraÔÇÖid, Ibn Talha di dalam DurruÔÇÖl-Manzum, Mir Seyyed Ali ShafiÔÇÖi di dalam MawaddatuÔÇÖl-Qurba, Hafiz Abu NuÔÇÖaim Ispahani di dalam HilyatuÔÇÖl-Auliya, Muhammad Bin Talha ShafiÔÇÖi di dalam MatalibuÔÇÖs-SuÔÇÖul, Ibn AbiÔÇÖl-Hadid di dalam Sharh-e-NahjuÔÇÖl-Balagha, dan beberapa ulama lain dari sunni telah menyampaikan dengan sedikit perbezaan para perkataan dari Amir Bin Wathila, Ibn Abbas, Abi SaÔÇÖid al-Buhturi, Anas Bin Malik, dan Abdullah Bin MasÔÇÖud bahawa AmiruÔÇÖl MuÔÇÖminin menyatakan dari atas mimbar: ÔÇ£Wahai manusia! Tanyalah kepada saya apa sahaja yang kamu suka, sebelum saya mati. Sesungguhnya, hati saya adalah gudang segala pengetahuan. Tanyalah saya, kerana saya mempunyai pengetahuan pada apa yang berlaku terdahulu dan apa yang akan terjadi kemudian.ÔÇÖ

Abi Dawud di dalam Sunan, p.356, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad, v.I, p.278, Bukhari di dalam Sahih, v.I, p.46 and v.X, p.241, telah mengatakan dengan pengesahan bahawa Ali berkata: ÔÇ£Kamu boleh tanya kepada saya apa yang kamu suka; saya memahami segala duduk perkara yang kamu tanyakan mengenainya.ÔÇÖ

ALI MENGATAKAN DIA BOLEH MENGAHAKIMI MENURUT TAURAT DAN JUGA INJIL.

Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi, di dalam YanabiuÔÇÖl-Mawadda, ch.XIV, p.74 mengatakan dari MuÔÇÖaffaq Bin Ahmad Khawarizmi dan SheikhuÔÇÖl-Islam Hamwaini mengatakan dari Abu SaÔÇÖid Buhturi bahawa dia (Abu SaÔÇÖid) berkata: ÔÇ£Saya melihat Ali diatas mimbar, dia menggenakan pakaian, pedang dan serban nabi. Dia membuka dadanya dan berkata: ÔÇÿTanyalah saya apa sahaja yang kamu suka, sebelum saya mati, kerana dada saya mengandungi banyak kebijaksanaan. Ini perut saya, adalah gudang pengetahuan. Ini air ludah nabi; dan inilah yang nabi berikan kepada saya sebagai bijiran. Saya bersumpah dengan Allah bahawa jika karpet dibentangkan dan saya duduk diatasnya, sesungguhnya, saya boleh mengarahkan pengikut Taurat, mengikut perundangan Taurat. Saya akan mengarahkan pengikut injil menurut perundangan injil, sehingga keduanya taurat dan injil dijadikan boleh berkata-kata dan menjadi saksi pada yang berikut: Ali telah mengatakan yang sebenar dan keputusan yang dia telah berikan adalah menurut pada apa yang telah diwahyukan kepadanya. Apabila kamu membaca buku itu kamu tidak memmahaminya sebanyak itu.ÔÇÖ

PENGETAHUAN ALI MENGENAI AYAT-AYAT AL-QURAN.

SheikhuÔÇÖl-Islam Hamwaini di dalam FaraÔÇÖid dan MuÔÇÖayyiduÔÇÖd-din Khawarizmi di dalam Manaqib mengatakan bahawa Imam mengatakan perkataan itu dari atas mimbar: ÔÇ£Tanyalah saya mengenai apa yang kamu tidak mengerti sebelum saya mati. Saya bersumpah dengan Allah yang membelah bijiran dan menjadikan manusia bahawa jika kamu tanyakan mengenai mana-mana ayat al-Quran, kitab Allah, saya akan memberitahu kamu mengenainya ÔÇô bila ia diwahyukan, diwaktu siang atau malam, pada tempat perhentian atau di dalam perjalanan, pada tanah lapang atau dibukit, mengenai apa ianya diwahyukan, pada yang beriman atau terhadap yang hipokrit, apa yang Allah maksudkan dengannya, dan sama ada ayat itu umum atau khusus.ÔÇÖ Dengan itu Ibn Kawwa, seorang Khariji, bangun dan berkata: Beritahu kami apa Allah maksudkan dengan berkata, ÔÇ£Mereka yang mengesahkan keimanan dan melakukan amalan yang baik adalah manusia yang terbaik.ÔÇÖ

Imam yang suci berkata: ÔÇ£Ayat itu merujuk kepada kami dan pengikut kami, yang mana wajah tangan dan kaki mereka berkilauan pada hari pengadilan. Mereka akan dikenali pada dahi mereka.ÔÇÖ

Imam Ahmad Ibn Hanbal didalam Musnad dan Sheikh Sulayman Balkhi di dalam YanabiuÔÇÖl-Mawadda, ch.XIV, p.74, mengatakan dari Ibn Abbas bahawa Ali mengatakan perkataan ini dari atas mimbar: ÔÇ£Tanyalah saya mengenai apa yang kamu tidak tahu sebelum saya mati. Tidak ada ayat al-Quran yang saya tidak tahu lebih dari mereka yang lain. Saya tahu bagaimana dan bila ianya diwahyukan. Tanyalah saya mengenai sebarang kekacauan, kerana tidak ada kekacauan yang saya tidak tahu siapa penyebabnya dan siapa yang terbunuh di dalamnya.ÔÇÖ

Ibn SaÔÇÖd di dalam Tabaqa, Abu Abdullah Muhammad Bin Yusuf Ganji ShafiÔÇÖi di dalam KifayatuÔÇÖt-Talib, ch.52, dan Hafiz Abu NuÔÇÖaim Ispahani di dalam HilyatuÔÇÖl-Auliya,v.I, p.68, mengatakan dari rujukan yang sahih bahawa AmiruÔÇÖl-MuÔÇÖminin berkata: ÔÇ£Demi tuhan ku, tidak ada ayat yang diwahyukan, tetapi saya tahu mengenai siapa ianya diwahyukan, dan dimana ia diwahyukan. Sesungguhnya, Allah telah menganugerahkan kepada saya hati yang bijak dan lidah yang fasih,ÔÇÖ

Di dalam buku yang sama telah dikatakan bahawa AmiruÔÇÖl-MuÔÇÖminin berkata: ÔÇ£Tanyalah saya mengenai kitab Allah. Tidak ada satu ayat yang mana saya tidak tahu sama ada ianya diwahyukan di bukit atau ditanah lapang.ÔÇÖ

PENGETAHUAN ALI MENGENAI MANUSIA YANG MENDAPAT PETUNJUK ATAU YANG SESAT.

Khawarizmi mengatakan di dalam Manaqib dari AÔÇÖmash, yang mengatakan bahawa Ubaya Bin RabaÔÇÖi berkata: ÔÇ£Ali selalu mengatakan: ÔÇÿTanyalah saya mengenai apa yang kamu tidak faham sebelum saya mati. Saya bersumpah dengan tuhan saya bahawa tidak ada padang yang hijau, atau padang pasir, atau sekumpulan manusia yang menyesatkan ratusan manusia atau memberi petunjuk pada ratusan manusia, melainkan saya mengetahuinya. Saya lebih mengetahui dari sesiapa sahaja, siapakah yang memberi petunjuk dan siapa yang menghasut mereka kepada kejahatan sehingga kepada kehari pengadilan.ÔÇÖ

JalaluÔÇÖd-din Suyuti di dalam TaÔÇÖrikhuÔÇÖl-Khulafa, p.124, BadruÔÇÖd-din Hanafi di dalam UmdatuÔÇÖl-Qari, MuhibuÔÇÖd-din Tabari di dalam RiyazuÔÇÖn-Nuzra, v.II, p.198, Suyuti di dalam Tafsir-e-Itqan, v.II, p.319, dan Ibn Hajar Asqalani di dalam FathuÔÇÖl-Bari, v.VIII, p.485 dan juga di dalam TahdhibuÔÇÖt-Tahdhib, v.VII, p.338, mengatakan bahawa Ali berkata: ÔÇ£Tanyalah saya apa sahaja yang kamu suka, dan saya bersumpah dengan Allah bahawa saya akan memberitahu kamu semua perkara yang akan berlaku sehingga kepada hari pengadilan. Jika kamu tanyakan mengenai kitab Allah, saya bersumpah dengan tuhan saya bahawa tidak terdapat satu ayat yang saya tidak tahu dengan sempurna. Saya tahu jika ayat itu diwahyukan pada malam atau pada siang hari, pada dataran atau pada bukit.ÔÇÖ

Bolehkah sesiapa selain dari dia yang mempunyai pengetahuan pada yang ghaib, boleh mengatakan yang sedemikian dihadapan kawan dan musuh.

Read 1572 times