PEPERANGAN ALI DI DALAM PEPERANGAN JAMAL, SIFFIN DAN NAHRWAN ADALAH UMPAMA PEPERANGAN NABI MENENTANG KAFIR.

Rate this item
(0 votes)

Peperangan Ali menentang musuh dan hipokrit di Basra, Siffin dan Nahrwan adalah umpama peperangan nabi menentang orang kafir.

Sheikh: Bagaimana peperangan menentang muslim sama seperti peperngan dengan orang kafir?

Shirazi: Ulama kamu yang terkenal, seperti Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad; Sibt Ibn Jauzi di dalam Tadhkira; Sulayman Balkhi di dalam Yanabiu’l-Mawadda; Imam Abdu’r-Rahman Nisa’i di dalam Khasa’isu’l-Alawi; Muhammad Bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul; Muhammad Bin Talha Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, bab 37, dan Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, jilid I, ms 67, telah mengatakan bahawa nabi meramalkan peperangan Ali menentang ‘Nakisin’ ‘Qasitin’ dan ‘Mariqin’ diantara mereka yang mana ‘Nakisin’ bererti Talha, Zubair dan sahabat meeka; ‘Qasitin’ bererti Muawiya dan pengikutnya; dan ‘Mariqin’ bererti khariji [puak] dari Nahrwan. Kesemua mereka adalah pemberontak yang pembunuhan terhadap mereka dibolehkan dan nabi arahkan hukuman yang sama untuk mereka apabila baginda meramalkan peperangan tersebut.

Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, bab 37, telah menyampaikan satu hadith dari Sa’id Bin Jabir, yang menyampaikan dari Ibn Abbas bahawa nabi berkata kepada Umm Salma: ‘Ini adalah Ali Ibn Abi Talib. Dagingnya adalah daging saya, darahnya adalah darah saya, dan dia pada saya adalah umpama Harun kepada Musa melainkan tidak ada nabi selepas saya. Umm Salma, Ali ini adalah ketua bagi yang beriman, ketua bagi muslim, dan tempat menyimpan pengetahuan saya, pengganti saya dan pintu pengetahuan. Dia adalah adik saya didunia dan juga diakhirat, dia bersama dengan saya ditempat yang tertinggi; dia akan berperang dengan ‘Nakisin’, ‘Qasitin’ dan ‘Mariqin’.’

Selepas menyatakan hadith itu, Muhammad Yusuf berkata bahawa hadith itu membuktikan bahawa nabi telah memberitahu Ali mengenai peperangan terhadap tiga kumpulan tersebut dan bahawa baginda telah mengarahkan Ali untuk berperang menentang mereka.

Makhnaf Bin Salim telah dikatakan sebagai berkata bahawa apabila Abu Ayyub Ansari [seorang sahabat nabi yang terkenal] hendak pergi bersama tentera untuk berperang, dia berkata: ‘Abu Ayyub! Betapa anehnya kamu! Kamu adalah orang yang sama berperang menentang musyirik disebelah pihak nabi, tetapi sekarang kamu telah cenderung untuk memerangi muslim!’ Kemudian Abu Ayyub berkata: ‘Nabi telah mengarahkan saya untuk memerangi tiga kumpulan itu: mereka adalah Nakisin, Qasitin dan Mariqin.’

Imam Abu Abdu’r-Rahman Nisa’i di dalam Khasa’isu’l-Alawi, Hadith 155, mengatakan dari Abu Sa’id Khadiri dan Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabi, ms 59,(bab II) dari Jam’u’l-Fawa’id berkata bahawa Abu Sa’id berkata: ‘Kami sedang duduk bersama para sahabat, menunggu kedatangan nabi. Apabila nabi datang kepada kami, kami lihat bahawa pengikat kasutnya telah pecah. Dia berikan kasutnya kepada Ali, yang mula membaikkinya. Kemudian nabi berkata: ‘Sesungguhnya terdapat seorang dari kamu yang akan berperang pada mempertahankan penterjemahan al-Quran sebagaimana saya telah berperang [terhadap yang kafir].’

Kemudian Abu Bakr berkata: ‘Sayalah orangnya?’

Nabi berkata: ‘Tidak!’

Kemudian Umar berkata: ‘Adakah saya?’

Nabi berkata: ‘Tidak! Orang itu adalah dia yang sedang membaiki kasut saya.’

Hadith ini menunjukkan bahawa peperangan Ali adalah untuk penterjemahan al-Quran dengan betul. Maka dari itu, kekecuhan umum yang berlaku pada khalifa Ali bukan disebabkan lemahnya politik Amirul-Mukminin tetapi disebabkan permusuhan dan dendam musuh.

SELEPAS NABI ALI ADALAH NEGARAWAN YANG ULUNG.

Tuan-tuan tentuan akan dapat penjelasan dari menyelidikki arahan yang dihantar Ali kepada gabenor, pegawai tentera dan pegawai awamnya. Sebagai contoh, arahan dan pesanan yang dihantarnya kepada Malik Ashtar dan Muhammad bin Abu Bakr untuk pentadbiran Mesir, kepada Uthman bin Hunaif dan Abdullah bin Abbas untuk Basra dan Quthan bin Abbas untuk pentadbiran Makah, adalah satu contoh pentadbiran awam dan juga keadilan sosial yang cemerlang. Dokumen itu adalah sebahagian dari Nahjul-Balagha.

ALI MEMPUNYAI PENGETAHUAN PADA DUNIA GHAIB.

Ini adalah fakta yang telah diperakui oleh keduanya, pengikut dan juga musuh Ali. Imam yang suci adalah Imamu’l-Muttaqin [ketua bagi yang zuhud]. Dia mempunyai pengetahuan sepenuhnya mengenai pengertian al-Quran. Lebih-lebih lagi dia mempunyai pengetahuan dunia ghaib.

Sheikh: Saya tidak berapa faham dengan kenyataan kamu yang pelik mengenai Ali mempunyai pengetahuan dunia ghaib. Sila jelaskan.

Shirazi: Tidak ada apa yang pelik mengenainya. Untuk memahami dunia yang ghaib adalah pada memahami rahsia alam ini, yang mana telah diketahui melalui anugerah ilahi oleh semua nabi dan wazirnya. Setiap mereka diberikan sebanyak mungkin pengetahuan alam ghaib yang Allah anggap perlu bagi mereka untuk menyampaikan pengkhabarannya. Selepas nabi, Amirul-Mukminin telah dianugerahkan dengan pengetahuan itu.

Sheikh: Saya tidak menyangka kamu akan berpegang pada pandangan shia yang fanatik. Pujian itu terlalu melampau sehingga yang dipuji itu sendiri tidak mahu menerimanya. Untuk mempunyai pengetahuan pada yang ghaib; itu adalah sifat khusus bagi Allah sahaja, tidak ada makhlukNya yang boleh mempunyai apa-apa kaitan dengannya.

Shirazi: Mempercayai bahawa para nabi yang agung, wazir mereka, dan hamba-hamba Allah yang mulia mempunyai pengetahuan dunia ghaib tidak ada kena mengena dengan kefanatikan. Bahkan itu adalah salah satu dari kemuliaan mereka, yang menunjukkan penyerahan mereka kepada Allah. Kami punya bukti yang jelas dari hadith dan juga al-Quran.

Read 1922 times