KENYATAAN SUWAID BIN GHAFLA.

Rate this item
(0 votes)

Lebih lagi Sheikh, di dalam Yanabiu’l-Mawadda, Muhammad Bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul, Khatib Khawarizmi di dalam Manaqib, dan Tabari di dalam Ta’rikh telah mengatakan dari Suwaid Bin Ghafla bahawa dia berkata, ‘Satu hari saya dapat penghormatan menziarah Amirul-Mukminin. Saya lihat dihadapannya satu cawan susu yang amat masam yang saya dapat terbau akan masamnya. Pada tangan Imam terdapat roti kering. Ianya terlalu kering sehingga amat susah untuk dipatahkan. Imam mematahkannya dengan letakkan pada lututnya, setelah melembutkannya dengan susu masam, dia memakannya. Dia meminta saya makan bersamanya. Saya memberitahunya saya sedang puasa. Imam berkata, ‘Saya telah mendengar dari sahabat saya nabi Allah, bahawa jika seorang sedang berpuasa dan berhajat kepada sebahagian makanan, tetapi tidak memakannya kerana Allah, kemudian Allah memberikan kepadanya makanan dari syurga.’

Suwaid meneruskan, ‘Melihat keadaan Ali, saya amat kagum. Saya bertanya kepada orang suruhan Imam, Fizza, yang berdiri hampir dengan saya, mengapa dia tidak takut kepada Allah, iaitu, mengapa dia memasak roti barli tanpa membuang hampasnya. Fizza berkata dengan bersumpah bahawa Ali sendiri yang mengarahkan dia supaya jangan membuang hampasnya.

Imam bertanya kepada saya apa yang saya katakan kepada Fizza. Saya memberitahunya bahawa saya bertanya Fizza kenapa dia tidak menapis tepung. Ali berkata, ‘Semoga bapa dan ibu saya dikorbankan untuk nabi! Nabi tidak pernah membuang hampasnya; dia tidak pernah memuaskankan kelaparannya dengan roti gandum untuk tiga hari berturut-turut. Saya mengikuti amalan nabi suci.’

ALI MENAHAN DIRI DARI MEMAKAN HALWA.

Muwaffaq Bin Ahmad Khawarizmi dan Ibn Maghazili Faqih Shafi’i menulis di dalam Manaqib bahawa satu hari dimasa khalifa Ali, sedikit halwa telah dibawa kepadanya. Dia mengambil sedikit, menciumnya, dan berkata: ‘Betapa memikat dan harum bau manisannya! Tetapi Ali tidak tahu apa rasanya. Saya belum pernah makan halwa.’ Penyampai berkata kepadanya, ‘Wahai Ali adakah halwa haram bagi kamu?’ Imam berkata, “Apa yang Allah telah jadikan halal tidak boleh menjadi haram. Tetapi bolehkan saya memuaskan perut saya sedang ramai lagi yang kelaparan di dalam negeri? Haruskah saya tidur dengan perut yang kenyang sedang ramai diHijaz yang mati kelaparan? Bagaimana saya boleh merasa selesa dengan nama saya Amirul-Mukminin? Mengapa saya tidak bersama dengan mereka yang kelaparan dan menderita?

Juga Khawarizmi mengatakan dari Abi bin Thabit bahawa satu hari ‘faluda’ [sejenis sirap yang lazat] telah di bawa kepada Ali, tetapi dia menahan dirinya dari kehendak meminum sirap itu.

Ini adalah sebahagian contoh dari amalannya mengenai makan dan minum. Dia makan roti barli yang keras kadang kala dengan cuka atau garam dengan sedikit minyak sayuran atau susu. Tidak pernah terdapat dua jenis makanan dimejanya.

Di dalam tahun 40 Hijrah pada malam 19 Ramadhan, apabila Abdur-Rahman ibn Muljim Muradi melukainya dengan luka yang membawa maut, dia adalah tetamu dirumah anak perempuannya, Umme Kalthum, untuk membuka puasa. Apabila roti, susu dan garam telah diletakkan diatas meja, Ali yang sangat sayang kepada anak perempuannya, Umme Kalthum, dengan marah berkata, ‘Saya tidak pernah melihat anak perempuan yang tidak mempunyai belas kasihan kepada ayahnya.’ Umme Kalthum berkata, ‘Ayah apa salah saya?’ Kemudian dia mengarahkan supaya susu dibawa pergi. Bagaimana pun dia memakan beberapa suap roti dengan garam dan berkata, ‘Kita akan dipersoalkan bagi setiap yang halal; bagi yang haram kita akan dihukum.’

PAKAIAN ALI.

Pakaian Ali amat mudah. Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, Ibn Maghazili Shafi’i di dalam Manaqib, Imam Ahmad Ibn Hanbal di dalam Musnad, Sibt Ibn Jauzi di dalam Tadhkira, dan yang lain lagi dari ulama kamu telah menulis bahawa, ‘Pakaiannya adalah dari kain kasar, dibeli dengan harga 5 dirham.’ Dia menampal pakaiannya. Panampalnya adalah dari kulit atau daun palma. Kasutnya juga diperbuat dari daun palma. Muhammad Bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul, Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, dan Ibn Abi’l-Hadid Mu’tazali di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, telah menulis bahawa Ali mempunyai banyak tampalan pada pakaiannya sehingga pada masa khalifanya, sepupu beliau Abdullah ibn Abbas, melihatnya dan merasa sedih. Ali berkata, ‘Saya mempunyai banyak tampalan pada pakaian saya yang saya merasa malu dengannya. Apa yang Ali boleh buat dengan kesenangan dunia itu? Bagaimana saya boleh merasa puas dengan kesenangan yang akan menghilang dan keriangan yang tidak kekal?

Seorang lagi yang membantah dengan apa yang Ali pakai berkata, ‘Mengapa kamu menampal pakaian walaupun ketika kamu menjadi khalifa dan berkuasa? Ia membuat musuh memandang rendah kepada kamu.’ Ali berkata, ‘Ini lah cara berpakaian yang menahan kehendak nafsu, membuang rasa bongkak di dalam diri manusia, dan yang diguna pakai oleh mereka yang beriman.’

Muhammad Bin Talha di dalam Matalibu’s-Su’ul, Khawarizmi di dalam Manaqib, Ibn Athir di dalam Kamil, dan Sulayman Balkhi di dalam Yanabiu’l-Mawadda telah menyampaikan bahawa Ali dan orang suruhannya mempunyai pakaian yang sama. Dia membeli dua pakaian yang sama dan harga yang sama. Satu dia pakai sendiri yang satu lagi diberikan kepada orang suruhannya, Qanbar.

Inilah cara Ali dengan pakaian dan makanan. Dia sendiri makan roti barli kering dan memberikan roti yang dibuat dari gandum, gula, madu dan kurma kepada pemita sedekah dan anak yatim. Dia memakai pakaian bertampal dia memberikan pakaian yang cantik kepada janda dan anak yatim.

PERBUALAN ZURAR DENGAN MUAWIYA MENGENAI ALI.

Terdapat banyak contoh penolakkan Ali terhadap dunia. Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, Hafiz Abu Nu’aim Isfahani di dalam Hilyatu’l-Auliya, jilid I, ms 84, Sheikh Abdullah Bin Amir Shabrawi Shafi’i di dalam Kitabu’l-I’ttihad Bin Hubbi’l-Ashraf, ms 8; Muhammad Bin Talha di dalam Matalibu’s-Su’ul, ms 33; Nuru’d-din Bin Sabbagh Maliki di daam Fusulu’l-Muhimma, ms 128; Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, bab 51; Sibt Ibn Jauzi di dalam Tadhkira Khawasu’l-Umma pada penghujung bab 5; dan banyak lagi dari ulama kamu yang terkenal dan juga ahli sejarah telah merakamkan dengan mendalam perbualan Muawiya dengan Zurar. Pada penghujung perbualannya dengan Muawiya, Zurar memuji Ali dengan perkataan ini, ‘Pada beberapa keadaan saya melihat Ali pada malam hari apabila bintang bertaburan dilangit, memegang janggutnya dan mengerang seperti orang yang dipatuk ular, menangis dengan kesakitan, berkata, ‘Wahai dunia Perdayalah orang lain, jangan diriku. Adakah engkau mendakap aku dan engkau mencintai aku? Ini tidak mungkin. Aku telah mentalakan engkau tiga kali, selepasnya itu untuk kembali semula tidak mungkin. Waktu kamu amat pendek, ketakutan yang kamu bawa amat besar, dan kesukaan yang kamu bawa adalah menghinakan. Semoga Allah menyelamatkan kami dari bekalan yang sedikit dalam perjalanan, dan jauhnya tempat yang hendak dituju, dan berbagai dugaan yang akan ditempuh.’ Kemudian Muawiya mula menangis dan berkata, ‘Semoga Allah mencurahkan rahmat keatas Abul-Hasan. Demi Allah, dia memangnya begitu.’ Muawiya juga berkata, ‘Wanita tidak dapat melahirkan orang seperti Ali Ibn Abi Talib.’

Read 1926 times