ADAKAH PENGETAHUAN PADA YANG GHAIB TERHAD KEPADA ALLAH?

Rate this item
(0 votes)
Sheikh: Al-Quran bertentangan dengan kenyataan kamu.

Shirazi: Boleh kamu bacakan ayat yang bertentangan dengan kenyataan saya?

Sheikh: Terdapat banyak ayat al-Quran yang menyokong pandangan saya. Sebagai contoh, al-Quran berkata: ‘Dan bersamaNya adalah kunci khazanah ghaib – tiada siapa yang tahu melainkan Dia; dan Dia mengetahui apa yang ada dibumi dan dilaut; dan tidak jatuh sehelai daun melainkan Dia mengetahuinya, dan begitu juga bijian didalam gelap perut bumi, tidak juga yang hijau dan yang kering tetapi [semuanya terdapat] di dalam buku yang jelas.’ [6:59]

Ini adalah bukti yang paling jelas bahawa tidak ada siapa melainkan Allah sahaja yang mempunyai pengetahuan pada yang ghaib. Jika sesiapa percaya pada sesaorang yang mempunyai pengetahuan pada yang ghaib, dia telah menjadikan makhlukNya sekutu di dalam sifat Allah.

Kamu mengatakan bahawa Ali tahu akan yang ghaib. Ini bererti, selain dari kamu menjadikan dia sekutu di dalam sifat Allah, kamu telah membuat kedudukan dia lebih tinggi dari nabi sendiri. Nabi berulang kali mengatakan: ‘Saya adalah manusia seperti kamu. Allah sahaja yang mengetahui perkara ghaib.’ Nabi dengan jelas menerangkan kurang pengetahuannya pada yang ghaib.

Adakah kamu baca ayat al-Quran, yang berkata: ‘Katakan: Saya hanyalah manusia seperti kamu; telah diwahyukan kepada saya bahawa tuhan kamu adalah tuhan yang satu.’ [18:110]

Iaitu, perbezaannya diantara kamu dan saya adalah wahyu disampaikan dari Allah kepada saya.

Ditempat yang lain Allah berkata: ‘Katakan, Saya tidak mengawal sebarang faedah atau melarat untuk jiwa saya melainkan sebagaimana yang Allah ridhai; dan jika saya tahu yang ghaib saya akan mendapati banyak kebaikkan dan tidak ada kejahatan yang dapat menyentuh saya; saya tidak lain hanya memberi peringatan dan pembawa berita baik kepada mereka yang beriman.’ [7:188]

Dan lagi: ‘Dan saya tidak katakan kepada kamu bahawa bersama saya ada khazanah Allah dan saya tidak tahu pada yang ghaib.’ [11:31]

Dan Allah berkata lagi: ‘Katakan ‘Tidak ada siapa yang dilangit atau yang dibumi mengetahui yang ghaib melainkan Allah: Dan mereka tidak tahu bila mereka akan dibangkitkan.’ [2:65]

Nabi sendiri mengaku bahawa dia tidak tahu yang ghaib dan bahawa pengetahuan itu khusus untuk Allah. Bagaimana kamu boleh mengatakan bahawa Ali mempunyai pengetahuan yang sedemikian?

Kepercayaan kamu adalah cuba untuk meninggikan keutamaan Ali dari nabi. Tidakkah al-Quran telah berkata: ‘Tidak juga Allah akan menjadikan kamu tahu pada yang ghaib…’ [3:179] Atas dasar apa yang kamu percaya bahawa sesaorang selain Allah punyai pengetahuan pada yang ghaib?

Shirazi: Pendahuluan bagi kenyataan kamu adalah betul. Tetapi rumusan yang kamu dapati daripadanya adalah salah. Kamu telah katakan bahawa yang mengetahui pada perkara yang ghaib adalah Allah, bahawa kunci pada yang ghaib adalah bersama Allah; dan menurut dari ayat terakhir surah al-Kahfi, nabi terakhir, semua para nabi yang lain, para wazir, dan para Imam yang suci adalah sama dengan manusia yang lain. Di dalam bentuk fisikal, mereka telah dijadikan sama seperti yang lain. Kesemua perkara itu adalah benar, dan golongan shia menerima semuanya. Dan juga ayat yang kamu telah bacakan adalah benar dalam kontek yang asal.

Tetapi perkataan ‘nabi’ dari surah Hud merujuk kepada nabi Nuh. Ayat 50 surah al-An’am merujuk kepada nabi kita yang mulia. Apabila musyirik bertanya kepada baginda mengapa tidak terdapat tanda yang dia memilikki harta ilahi atau pengetahuan yang ghaib, ayat itu telah diwahyukan: ‘Katakan, ‘saya tidak mengatakan kepada kamu ‘Saya ada mempunyai khazanah tuhan tidak juga pengetahuan yang ghaib, tidak juga saya mengatakan saya adalah malaikat; saya tidak mengikuti selain dari apa yang diwahyukan kepada saya.’ [6:50]

Ayat ini adalah jawapan terhadap anggapan yang jahil bahawa tindakkan nabi telah dipengaruhi oleh pertimbangan keduniaan. Bagi pengetahuan pada yang ghaib, kami percaya bahawa para nabi dan wazir mereka mempunyai pengetahuan itu. Saya tidak sekutukan mereka dengan sifat ketuhanan. Tetapi pemberian itu adalah sebahagian dari wahyu dan ilham yang akan menghilangkan tirai kejahilan dari pandangan mereka dan menampakkan kepada mereka kebenaran yang sebenar. Saya akan terangkan ini dengan lebih jelas lagi.

PENGETAHUAN ADA DUA JENIS DHATI [TERSENDIRI] DAN ARZI [YANG DIPEROLEHI]

Kami shia Imami mempercayai bahawa pengetahuan ada dua jenis: Dhati dan Arzi.

Dhati, atau pengetahuan yang tersendiri, adalah khusus bagi Allah. Kita boleh mengesahkan tetapi tidak dapat memahami kebenaran sebenarnya. Dalam bagaimana cara sekalipun kami akan cuba untuk menerangkannya, pengetahuan tersendiri adalah diluar kefahaman manusia.

Arzi, pengetahuan yang diperolehi, adalah yang terdapat pada diri manusia, sama ada dia nabi atau tidak. Dia akan mendapat faedah darinya kemudian. Pengetahuan ini juga ada dua jenis: Tahsili dan Ladunni. Tahsili adalah pengetahuan yang didapati dari belajar dan pengalaman. Jika seorang pelajar mengikuti norma yang sama pada pembelajaran, sebagai contoh, dia pergi kesekolah dan belajar dari seorang guru. Jika Allah hajati, dia akan mendapat ilmu menurut dari hasil usahanya dan juga pada masa yang dia habiskan untuk belajar.

Ladunni merujuk kepada pengetahuan yang manusia terima terus dari Allah. Dia tidak mempelajari melalui huruf dan perkataan tetapi menerima terus dari yang maha kaya. Allah kata di dalam al-Quran: ‘Dan mereka yang Kami telah ajari pengetahuan dari Diri Kami.’ [18:65]

Shia tidak mengatakan bahawa pengetahuan yang ghaib telah ada pada diri nabi atau Imam yang suci atau bahawa mereka memahami yang ghaib seperti mana yang diketahui Allah. Apa yang kami katakan adalah Allah tidak menghadkan. Dia boleh memberikan pengetahuan dan kuasa kepada siapa sahaja yang dua ridhai. Kadang kala dia memberikan pengetahuan kepada sesaorang melalui guru dan ada masanya terus dari diriNya. Pengetahuan yang diberikan secara terus inilah yang dikatakan pengetahuan yang ghaib.

Sheikh: Kenyataan kamu yang pertama adalah betul, tetapi kehendak ilahi tidak akan membenarkan kepada perkara yang diluar kebiasaan seperti memberikan manusia pengetahuan ghaib secara terus, iaitu, tanpa berguru.

Shirazi: Tidak, kamu dan sahabat kamu telah silap. Yang sebenarnya, kamu kerap, dengan tanpa disedari kamu telah bertentangan dengan kebanyakkan dari ulama kamu yang terkenal. Allah telah menganugerahkan keatas semua para nabiNya dan juga pengganti nabi pengetahuan yang ghaib. Apa sahaja yang diperlukan untuk mereka pada melaksanakan missi mereka.

Sheikh: Dihadapan ayat-ayat al-Quran ini, yang dengan jelas telah menolak pendapat bahawa manusia punya pengetahuan pada yang ghaib, apakah bukti yang kamu ada pada menyokong pendapat kamu?

Shirazi: Kami tidak menentang ayat al-Quran. Setiap ayat al-Quran telah diwahyukan untuk tujuan yang tertentu, iaitu, menurut kepada keadaan kadang kala positif dan kadang kala negatif. Maka itulah sebabnya dikatakan bahawa diantara ayat al-Quran satu ayat memperkukuhkan ayat yang lain. Oleh kerana musyirik meminta keajaipan dari nabi, ayat negatif yang diatas telah diwahyukan. Di dalam membuktikan objek yang sebenar, ayat positif telah juga diwahyukan supaya kedudukan yang sebenar menjadi jelas.

Read 1686 times