SELEPAS NAMA ALLAH DAN NAMA NABI, NAMA ALI DITULIS DIARSH.

Rate this item
(0 votes)

Shirazi: Muhammad Bin Jarir Tabari di dalam Tafsir, Ibn Asakir di dalam Ta’rikh, Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i, di dalam Kifayatu’t-Talib, bab 62, Hafiz Abu Nu’aim, di dalam Hilyatu’l-Auliya, dan Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, ms 238, bab 56, hadith 52, di sampaikan dari Dhakha’iru’l-Uqba oleh Imamu’l-Haram Ahmad Bin Abdullah Tabari Shafi’i pada pengesahan Abu Huraira [dengan sedikit perbezaan pada perkataan] bahawa nabi berkata, ‘Telah ditulis di Arsh bahawa ‘Tidak ada tuhan melainkan Allah, yang tidak ada sekutu baginya, dan Muhammad adalah hambaKu dan nabi, yang Aku tolong melalui Ali bin Abi Talib.’

Juga di dalam Jalalu’d-din Suyuti’s Khasa’isu’l-Kubra, jilid I, ms 10 dan Tafsir-e-Durr-e-Mansur, permulaan pada bab Isra’il, ianya disampaikan dari Ibn Adi dan Ibn Asakir, yang menyampaikan Ana’s Ibn Malik, bahawa nabi Allah berkata bahawa dia telah melihat tertulis pada Arsh, ‘Tidak ada tuhan melainkan Allah; Muhammad adalah nabi Allah; Aku telah memberinya penyokong melalui Ali.’

Di dalam Yanabiu’l-Mawadda ia telah disampaikan dari Dhakha’iru’l-Uqba oleh Imamu’l-Haram Tabari, menurut dari laporan oleh Sirat-e-Mullah, bahawa nabi Allah berkata, ‘Pada malam miraj, apabila aku dibawa kesyurga tertinggi, saya melihat tertulis disana pada sebelah kanan Arsh:

Muhammad nabi Allah. Aku telah memberinya pertolongan dan sokongan melalui Ali.’

Telah disampaikan di dalam Yanabi, Hadith 19, dari Kitabu’s-Sabi’in oleh Imamu’l-Haram Tabari, menyebutnya dari Manaqib oleh Faqih Wasti Ibn Maghazili Shafi’i, dan juga Mir Seyyed Ali Hamadani Shafi’i menulis di dalam Mawadda VI dari Mawaddatu’l-Qurba dua hadith; Khatib Khawarizmi di dalam Manaqib, Ibn Shirwaih di dalam Firdaus, dan Ibn Maghazili Shafi’i di dalam Manaqib menyebutnya dari Jabir Bin Abdullah Ansari bahawa nabi berkata, ‘Telah tertulis dipintu syurga bahawa, ‘Tidak ada tuhan melainkan Allah, Muhammad adalah nabi Allah, dan Ali adalah wali [wazir] Allah dan adik nabi Allah.’ Ini telah ditulis 2 000 tahun sebelum kejadian langit dan juga alam ini.’

Saya teringat satu lagi hadith, Mir Seyyed Ali Faqih Shafi’i menulis di dalam Mawadda VIII daro Mawaddatu’l-Qurba bahawa nabi berkata kepada Ali, ‘Saya telah melihat nama kamu bersama nama saya diempat tempat:

[1] Pada malam Miraj, apabila saya sampai Baitul-Muqaddas, saya lihat tertulis pada batu: ‘Tidak ada tuhan melainkan Allah, dan Muhammad adalah nabi Allah yang Aku berikan sokongan melalui wazirnya Ali.’

[2] Apabila saya sampai Sidratul-Muntaha, saya melihat perkataan: ‘Sesungguhnya Aku adalah Allah; Tidak ada tuhan melainkan Aku, yang Esa; dan Muhammad diantara semua kejadian Ku yang paling Aku cintai. Dan Aku berikan dia sokongan melalui wazirnya Ali.’

[3] Apabila saya tiba di Arsh Allah yang maha Besar, saya melihat disana tertulis pada tiangnya: ‘Sesungguhnya Aku adalah Allah, dan tidak ada tuhan melainkan Aku: dari semua kejadian Ku, Muhammad adalah yang tercinta. Aku telah menyokongnya melalui Ali.’

[4] Apabila saya sampai disyurga, saya melihat pada pintunya: Tidak ada tuhan melainkan Aku, dari semua kejadian Ku, Muhammad adalah yang tercinta. Aku telah menyokongnya melalui Ali.’

Imam Tha’labi di dalam Tafsir Kashfu’l-Bayan dan Sheikh Sulayman Balkhi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, bab 24, menyampaikan dari Hafiz Abu Nu’aim Ispahani, Muhammad Bin Jarir di dalam Tafsir dan Ibn Asakir di dalam Ta’rikh, menyampaikan dari Ibn Abbas dan Abu Huraira bahawa ayat 64 dari Sura Anfal yang berbunyi, ‘Dia yang telah memperkuatkan kamu dengan pertolonganNya dan dengan yang beriman.’ [8:62]

Kemudian mereka berkata bahawa nabi berkata, ‘Saya melihat tertulis pada Arsh, ‘Bahawa Tidak ada tuhan melainkan Allah, yang Esa, tidak ada sekutu bagiNya; dan Muhammad adalah hambaNya dan nabi; Aku memperkuatkan dia dengan Ali Ibn Abi Talib.’

Kemudian mereka menyampaikan hadith lain yang sama maksudnya dari Kitab-e-Sifa dan Manaqib. Punca bagi nama Muhammad dan Ali adalah Allah sendiri.

PERKATAAN YANG DIGUNAKAN OLEH ADAM PADA PENERIMAAN TAUBATNYA ADALAH LIMA NAMA YANG SUCI.

Juga Tha’labi di dalam Tafsir Kashfu’l-Bayan dan Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabi, bab 24, menyampaikan dari Faqih Wasti Ibn Maghazili Shafi’I adalah pada ulasan ayat 37 dari surah 2 al-Quran yang berbunyi, ‘Kemudian Adam menerima beberapa perkataan dari tuhannya, maka Dia berpaling kepadanya dengan penuh rahmat. Sesungguhnya Dia maha pengampun lagi maha penyayang.’ [2:37]

Sa’id Ibn Jabir mengatakan dari Ibn Abbas yang berkata, ‘Nabi telah ditanyakan mengenai perkataan itu, yang mana nabi Adam telah pelajari dan yang mana telah membawa kepada penerimaan taubatnya. Nabi berkata, ‘Dia meminta kepada Allah dengan nama Muhammad, Ali, Fatima, Hasan dan Husain. Maka Allah menerima taubatnya dan mengampunkannya.’

WAHYU DAN ILHAM DIBERIKAN KEPADA MANUSIA SELAIN DARI NABI, BAHKAN KEPADA BINATANG.

Di dalam pengertian pemberian wahyu dan nabi kepada Abu Talib, kamu sekali lagi telah tersalah. Wahyu dan ilham mempunyai peringkat, yang bukan hanya khusus untuk nabi sahaja. Kata-kata tersebut merujuk kepada kebolehan untuk memahami pengetahuan yang tersembunyi secara terus. Pengetahuan ini telah diberikan kepada manusia tertentu begitu juga kepada binatang. Adakah lebah itu nabi yang mana Allah telah memberikan wahyu? Ayat dari al-Quran di dalam surah Nahi [semut] dengan jelas mengatakan: ‘dan tuhan Mu sampaikan kepada lebah, berkata, ‘Buatlah sarang di pergunungan dan dipokok-pokok dan di dalam mana yang mereka binakan.’ [16:68]

Adakah kamu fikir bahawa Nukhabuz [atau sebahagian dari pengulas mengatakan, Yukhabuz], ibu kepada nabi Musa adalah nabi? Di dalam surah Qasas dengan jelas telah dinyatakan bahawa telah diberikan dua arahan, dua larangan, dua maklumat dan dua khabar gembira melalaui wahyu, Allah berkata, ‘Dan kami sampaikan kepada ibu Musa, berkata, ‘Susukanlah dia; apabila kamu kuatir akan dia, hanyukan dia disungai dan jangan takut atau bersedih; sesungguhnya Kami akan membawa dia kembali kepada kamu dan menjadikan dia seorang dari rasul.’ [28:7]

Selain dari Fakta ini, tidaklah perlu untuk petunjuk bagi manusia bahawa semua arahan dan perintah Allah harus disampaikan melalui wahyu. Kadang kala Dia memandu manusia dengan suatu suara. Ini telah berulang kali terjadi dan al-Quran menjadi saksi bagi fakta ini. Di dalam surah Mariam, Dia mengatakan bagaimana dia memandu Mariam: ‘Kemudian [satu suara] memanggil kepadanya dari bawah dirinya: Janganlah bersusah, sesungguhnya tuhan Mu telah menjadikan anak sungai mengalir dibawah kamu. Goyanglah pada kamu pokok palma; ia akan menjatuhkan kurma masak yang segar. Maka makan dan minumlah dan sejukkan mata kamu. Kemudian jika kamu lihat manusia, katakan: Sesunggunya saya telah bersumpah dengan ilahi, supaya saya tidak akan berkata kepada mana-mana manusia hari ini.’ [19:24-25]

PETUNJUK DARI ALLAH ABU TALIB MENAMAKAN ANAKNYA ALI.

Dengan cara yang sama bahawa lebah, ibu Musa dan ibu Isa telah diarahkan oleh Allah, walaupun tiada siapa dari mereka adalah nabi. Abu Talib juga telah diarahkan pada memberikan nama anaknya.

Lebih lagi, tidak ada siapa yang berkata bahawa Abu Talib adalah nabi atau wahyu telah disampaikan kepadanya. Satu suara dari langit dan papan tulis mengandungi arahan pada menamakan anaknya. Ulama kamu telah menuliskan fakta ini dalam buku mereka.

Sheikh: Mana ada ulama kami menuliskan itu?

Shirazi: Terdapat banyak buku mengenainya.

Read 1874 times

Add comment


Security code
Refresh